Home

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan Pendidikan Islam secara holistik, bersepadu dan berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada konsep ilmu oleh Imam al-Ghazali. Ilmu dalam Pendidikan Islam merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan ilmu, kurikulum Pendidikan Islam dibangunkan merangkumi tujuh bidang iaitu: Al-Quran Hadis Akidah Ibadah Sirah Adab Jawi Ilmu dari bidang-bidang tersebut yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik.
OBJEKTIF KAJIAN
- Murid menyatakan konsep asas ibadah.
- Murid menjelaskan dan mempraktikkan konsep ibadah.
- Murid menjelaskan dan mengaplikasikan konsep ibadah dengan betul dalam kehisupan harian.
- Murid menghuraikan dan mengamalkan konsep ibadah secara sempurna dalam kehidupan harian.
- Murid menganalisis dan mengamalkan konsep ibadah secara sempurna serta istiqamah dalam kehidupan harian.
- Murid merumuskan dan mengamalkan konsep ibadah secara istiqamah dalam kehidupan harian serta boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
Follow My Blog
Get new content delivered directly to your inbox.
